Pages

Thursday, December 8, 2011

gula kapas ku..




memang aku gila gula kapas..perh da la gulanya gebu..lmbot..
bila masok kan dalam mulot jerk aq rase perh tenang dan so SWEET..
yg nei la yg aku tunggu2 dr kawan2 aku yg msih kejer...
deowang da janji law dpt gaji blanjer aq bender nei..
Ya Allah x sabo nyer rase...
awak
Nur Liyana binti Jamadi...

Muhammad Fakhrul Azmi bin Buang..
ingat yer...

Saturday, December 3, 2011

my passed friend Rara zikry


Al -Fatihah: Gadis Cantik Rara Zikry Meninggal Dunia

Al -Fatihah: Gadis Cantik Rara Zikry Meninggal Dunia

    December 2, 2011
KUALA LUMPUR – Pertama sekali kami di Mynewshub.my ingin memohon kepada semua pembaca agar menyedekahkan al-Fatihah kepada Rara Zikry atau Zarith Nadhira Mohamad Zikri yang kembali ke rahmatullah pukul 10 malam semalam di Sunway Medical Centre.
Mengikut perkembangan yang diletakan di wall Facebook Contribution for Rara Zikry’s medical expenses (Sumbangan untuk bantuan perubatan Rara Zikry), jenazah Allahyarham dibawa dari rumah ke masjid SS19 Subang Jaya pukul 8 pagi tadi.
“Insya Allah jenazah Akan disempurnakan dan akan dikebumikan sebelum solat jumaat. On behalf of the family, thank you for the condolences, Doas and contribution. Semoga ALLAH swt bless her soul, forgive her sins, make her grave a garden and grant her the highest level of paradise. May ALLAH grant her eternal peace and may her soul be placed amongst the pious and chosen believers. Amin,” menurut status berkenaan.
Allhyarham Rara, 23, merupakan bekas pelajar sebuah universiti swasta.
Pada 19 Mac 2010, Allahyarham dan beberapa rakan keluar melakukan senaman berjalan kaki di sebuah kawasan berhampiran Mahkamah Shah Alam dan dia diserang penyakit asma ketika itu.
Rakan-rakan yang bersama dengannya secara pantas menghantarnya ke sebuah hospital namun ketika tiba di pusat perubatan tersebut, mereka dimaklumkan oleh doktor bahawa Rara sudah pun koma.
Apabila Allahyarham tersedar dari koma, dia sudah tidak mampu bergerak dan bercakap.
Serangan asma berkenaan telah membawa kepada keadaan Hypoxic Ischaemic Encephalopath iaitu kecederaan otak disebabkan kekurangan oksigen kesan daripada sesak nafas.
Al -Fatihah: Gadis Cantik Rara Zikry Meninggal Dunia
Berikutan itu, keluarga Allahyarham melancarkan page Contribution for Rara Zikry’s medical expenses untuk meringankan sedikit beban kewangan mereka dalam meneruskan rawatan untuk Allahyarham.
Rara dikenali sebagai seorang gadis yang bukan sahaja cantik, tetapi ceria dan memiliki personaliti yang disenangi semua orang.
Namun, seperti yang dikatakan, kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya. Rara kembali kepada penciptanya semalam.
Al -Fatihah: Gadis Cantik Rara Zikry Meninggal Dunia
Gambar: Zizan Raja Lawak pernah meluangkan masa melawat Allahyarham di hospital.